astronomi

membina masa depan gemilang!!

saya memilih tajuk ini untuk dikongsi dengan anda umumnya serta semua warga sekolah menengah sains johor khasnya untuk memberi info berguna tentang astronomi, bidang kegemaran saya!

Friday, December 24, 2010

apa itu astronomi?

Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

- wikipedia -

Astronomi berasal dari bahasa Greek iaitu "astro" dan "nomos". Astro ertinya bintang dan nomos ertinya undang-undang. Astronomi ialah ilmu yang mempelajari benda-benda angkasa secara umum dan undang-undang-undang-undang yang berkaitan dengannya.
- www.pesantrenpajagalan.com -

Astronomi atau Ilmu falak – dalam bahasa Inggerisnya astronomy – adalah satu cabang ilmu sains tabie yang mengkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Perkataan cakerawala itu sendiri bermakna ’sesuatu badan yang berputar’. Manakala perkataan astronomi pula berasal dari bahasa Yunani. ‘Astro’ bererti sesuatu yang berkaitan dengan bintang dan ‘nomy’ pula ialah ilmu. Oleh itu Ilmu Falak juga dikenali sebagai Ilmu Kaji Bintang.

- berita harian -

ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang).

- kamus -




No comments:

Post a Comment