astronomi

membina masa depan gemilang!!

saya memilih tajuk ini untuk dikongsi dengan anda umumnya serta semua warga sekolah menengah sains johor khasnya untuk memberi info berguna tentang astronomi, bidang kegemaran saya!

Saturday, January 1, 2011

Adakah penerokaan ke ruang angkasa lepas satu usaha yang memanfaatkan ?

Usaha penerokaan angkasa lepas adalah wajar kerana :
1)Memajukan telekomunikasi
-Kemajuan sains angkasa lepas membawakan ciptaan dan perlancaran satelit komunikasi yang memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, telefon, televisyen, data-data komputer dihantar ke seluruh dunia.
-Siaran TV ke seluruh pelusuk dunia dan komunikasi maklumat boleh memesatkan urusan perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia.
-Ini juga akan merapatkan perhubungan manusia sejagat khususnya antara kawasan-kawasan terpencil.
-Komunikasi antara kapal lautan dengan ibu pejabat atau stesyen kaji cuaca dapat dilakukan dengan bantuan satelit komunikasi .

2)Memenuhi naluri ingin tahu manusia
-Maklumat yang diperolah daripada usaha penerokaan angkasa lepas dapat mencelikkan mata manusia terhadap alam semesta.
-Memungkinkan manusia mencari jawapan kapada banyak kemusykilan yang masih tidak terjawab, misalnya rahsia sistem solar, asal usul manusia dan kewujudan hidupan lain dalam sistem solar lain.
-Penemuan planet ke-10 dalam sistem solar telah menambahkan pengetahuan manusia dan membuktikan ketepatan al-Quran.
-Pendaratan angkasawan Neil Armstrong dan Kapal Angkasa Apollo II di bulan pada 12 Julai 1969 taleh menjelaskan pelbagai misteri mengenai bulan.

3)Sumber logom dan tanaga baru dari angkasa lepas
-Usaha penerokaan angkasa lepas memungkinkan manusia sejagat mencari logam-logam atau sumber tenaga yang baru di angkasa lepas untuk menapung permintaan yang kian meningkat akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat di bumi.
-Satelit tiruan yang dihasilkan melalui teknologi angkasa lepas boleh digunakan untuk mencari gali minyak, logam-logam tertentu atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi.
-Satelit angkasa Rusia Mir yang dilengkapi dengan makmal penyelidikan tercanggih mengkin membolehkan manusia mengeluarkan pancalogam baru dalam keadaan tanpa medan graviti.
-Kajian biologi, kimia astrologi dan fizik dalam angkasa lepas mungkin menghasilkan penemuan baru yang tidak dapat diperoleh di permukaan bumi.

4)Manusia mungkin menemui tempat tinggal baru di angkasa lepas.
-Para saintis telah meramalkan bahawa manusia mungkin akan tinggal dalam kapal atau stesyen angkasa raksasa yang serba lengkap sebagai satu langkah mengatasi masalah kesesakan tempat tinggal di bumi kelak.
-Ahli-ahli Sians Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) meramalkan bahawa gas kesan rumah kaca yang menyababkan fenomena kenaikan suhu di bumi mungkin boleh digunakan untuk menaikkan suhu Planet Mrikh supaya boleh didiami manusia.
-Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet hijau dengan memasang cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang gas kesan rumah kaca" mungkin akan mengambil masa 200 tahun.
-Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton Bulan sejurus selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di kutub bulan oleh pihak NASA.
-Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin menghampirikenyataan .

5)Kaji cuaca dan pengesahan pencemaran alam
-Kemajuan dalam usaha penerokaan angkasa lepas membolahkan pengkaji cuaca menramalkan keadaan cuaca di bumi. Ini dapat mengurangkan kesan-kesan malapetaka seperti taufan,letupan gunung berapi dan sebagainya.
-Pengesanan pencemaran alam misalnya masalah penipisan lapisan ozon dapat dilakukan melalui satelit kaji cuaca yang beredar di angkasa lepas.
-Ini membolehkan manusia lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah alam sekitaryang bakal menimpanya.

6)Faedah dari segi perubatan dan pertahanan
-Teknologi angkasa lepas membolehkan manusia mencipta pelbagia alat-alat baru seperti pakaian angkasa. alat penahan panas, makanan baru dan sebagainya untuk kegunaan manusia.
-Ujian-ujian perubatan yang dijalankan di angkasa lepas boleh menghasilkan pelbagai pengetahuan perubatab baru, misalnya pembuatan ubat-ubatan berkualiti dengan ketulenan tinggi kerana keadaan vakum dan tanpa berat di angkasa lepas.
-Maklumat dari satelit-satelit pengitip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negaranya.

No comments:

Post a Comment